Thursday, 7 August 2014

Penyakit Kutu Hama

KUTU HAMA( FUR MITES )

Kutu dan hama adalah masalah biasa kepada arnab, kucing dan juga anjing. Dan haiwan haiwan ini boleh jadi pembawa kepada masalah ini, dan ia boleh dijangkiti oleh manusia atau pemilik haiwan haiwan berkenaan. Ia adalah disebabkan oleh parasit Cheyletiella Paracitoctorax dan juga Listrophorus Gibbus

Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada di permukaan kulit dan paling biasa pada arnab. Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Dan ia biasa juga terdapat pada arnab arnab yang sihat. Kitaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu arnab atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.

Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk arnab dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada arnab. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.

Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar

Listrophorus Gibbus (kutu babi) adalah kutu yang jarang sekali di jangkiti arnab. Ia mudah dijangkiti oleh arnab yang kerap lepas bebas di halaman rumah dan padang. Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada arnab, kucing dan juga anjing. Kutu tersebut akak menghisap darap perumah sehinga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.

No comments:

Post a Comment